Tuesday, November 2, 2010

Islamophobia: Siapa yang fobia sebenarnya

0 comments


Rata-rata orang asyik bercakap tentan Islamophobia yg dok melanda barat. Kejadian 11 September 2001, dimana dua pesawat ‘membantai’ WTC sampai runtuh suuda membuatkan masyarakat di barat khususnya USA dan Eropah sudah terjebak dalam gejala ini.

Memang tak nafi, kejadian itu membuatkan pihak barat rasa curiga dan sangsi terhadap umat Islam. Apatah lagi bila dikaitkan dengan Islam dan keganasan. Al-Qaeda, Taliban, antara nama yg dikaitkan dengan keganasan. Tu belum masuk lagi dengan bom sana sini, sampai merebak ke Asia Tenggara seperti di Indonesia dan Selatan Thailand

Namun itu subjek lain. Ceritanya sekarang ialah bila orang Islam itu sendiri fobia dengan agama sendiri. Apa nak dikata, mereka hanya mengaku Islam. Tapi bila bab amalan, solat, puasa, semua sudah lari masuk longkang!

Yang aku paling pelik, ada sesetengah orang janggal dan berpandangan pelik bila seseorang itu berkopiah, berserban manakala wanitanya bertudung labuh dan berpurdah. Apa cerita ni?

Adakah mereka malu, atau menganggap cara mendaulatan Islam itu sudah ketinggalan zaman? Bila dinasihati, macam2 dikalihnya ke topik lain. Tapi mahu juga mengaku yang dia tu beragama Islam.

Ingat, dakwah bukan kerja ustaz, ustazah dan imam sahaja. Semua orang wajib tahu hal agama masing2

Tidak mahu ulas panjang. Cuma segelintir kita yang fobia dengan agama sendiri. Sendiri fikir. Jangan esok kita dicap tak tahu agama sendiri dahlah

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com