Tuesday, May 25, 2010

Juara yang rugi!

0 comments
Sampai bila Melayu akan terus menjadi juara? Bukan maksud aku disini adalah juara yang boleh dibanggakan, tapi juara yang mmg tak boleh diterima langsung....

Pada logiknya, ya... memang orang Melayu menjuarai rangking dan statistik masalah sosial spt gejala seks bebas, arak, judi, sumbang mahram, dadah... banyak sangat mau list, dan setiap satu list ini, tengok pada pecahan kaumnya. Sudah tentulah Melayu juaranya!

Nak disalahkan siapa lagi kalau bukan diri sendiri? Cuba tanya, mana letak ilmu agama yg sepatutnya menjadi benteng jati diri agar tidak terjebak dalam arus yang boleh bagi hanyut ke muara yang akhirnya merugikan diri sendiri.

Sudah beratus kempen dijalankan... berjaya? TAK!

Tarbiah Islam sudah kurang dalam diri orang pada zaman sekarang. Terus dibuai dgn pengaruh hawa nafsu yang menggila, ditambah pula dgn pengaruh barat yang tah apa-apa, lagilah boleh membikin iman itu goyang. Maka terjadilah benda2 yg merosakkan ni...

Maka rugilah orang Melayu yang terus menjuarai statistik tersebut...

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

Monday, May 24, 2010

Melayu yang Lemah

0 comments

Isu bangsa Melayu lemah bukanlah satu isu baru. Sudah bertahun perkara ini dibincangkan, malah masalahnya kian menjadi2 saban hari.


Ini bukan isu yang basi. Isu ini sudah menjadi taboo dalam masyarakat sejak sekian lama. Bermula dari golongan politik, agama, pelajar, hiburan. Semua dikaitkan dgn Melayu yang lemah.


Bukankah satu ketika dahulu, pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, kita adalah bangsa yang cukup kuat di rantau Asia. Sejarah telah menunjukkan bahawa dulunya, kita terkenal dgn sifat kegagahan dan kepahlawanan, namun kini seperti lembik tak bermaya.


Ketika bangsa lain sibuk mengukuhkan ekonomi dan perpaduan, orang Melayu sibuk dgn perangai yang buruk dan teruk. Benda inilah yang menjadi faktor melemahkan orang Melayu.


Malas, dengki sesama bangsa, fitnah dan mencaci merupakan penyakit orang Melayu sesama mereka. Kita sering didodoikan dgn hak istimewa orang Melayu. Tapi itu bukannya tiket untuk menjamin bangsa kita boleh kukuh.. tidak sama sekali!


Anak muda Melayu pula, baik lelaki dan wanita sibuk didodoikan dgn hiburan, budaya hendonisme bawaan barat Mereka patutnya mengukuhkan jati diri kerana kalau bukan mereka, sapa lagi mau jadi pemimpin pada masa hadapan?


Kita juga amat lemah dalam mempertahankan agama Islam. Mengapa perlu dibiarkan agama suci ini tanpa mnenegakkannya dan memperkukuhkannya? Sudahlah sesama Melayu berpecah, inikan pula sesama Islam?


Seks Bebas, mcm2 gejala sosial. Statistiknya? Sudah berkurun lama dijuarai oleh orang Melayu. Kenapa? Jati diri tiada


Bangunlah orang Melayu, ubahlah nasib Bangsamu...



"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….”
-Surah Ar-Ra’ad, Ayat 11-

Friday, May 21, 2010

Datang bersambut, Salam bersahut

0 comments
Assalamuualaikum...

Ini adalah blog kedua aku, selepas blog pertama http://aizax.blogspot.com.

Tujuan aku membuka blog kedua ini adalah lebih menjurus kepada ruangan untuk aku menulis topik yang lebih serius, lebih fokus isinya. Banyak kandungan dalam blog ini akan menjurus kepada penulisan politik, agama, sosio-ekonomi dsb ... so jangan expect ada part muzik dan peribadi akan ditulis disini...

So, aku sgt mengalukan komen dan perbincangan semua insyaallah...
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com