Isu bangsa Melayu lemah bukanlah satu isu baru. Sudah bertahun perkara ini dibincangkan, malah masalahnya kian menjadi2 saban hari.
Ini bukan isu yang basi. Isu ini sudah menjadi taboo dalam masyarakat sejak sekian lama. Bermula dari golongan politik, agama, pelajar, hiburan. Semua dikaitkan dgn Melayu yang lemah.
Bukankah satu ketika dahulu, pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, kita adalah bangsa yang cukup kuat di rantau Asia. Sejarah telah menunjukkan bahawa dulunya, kita terkenal dgn sifat kegagahan dan kepahlawanan, namun kini seperti lembik tak bermaya.
Ketika bangsa lain sibuk mengukuhkan ekonomi dan perpaduan, orang Melayu sibuk dgn perangai yang buruk dan teruk. Benda inilah yang menjadi faktor melemahkan orang Melayu.
Malas, dengki sesama bangsa, fitnah dan mencaci merupakan penyakit orang Melayu sesama mereka. Kita sering didodoikan dgn hak istimewa orang Melayu. Tapi itu bukannya tiket untuk menjamin bangsa kita boleh kukuh.. tidak sama sekali!
Anak muda Melayu pula, baik lelaki dan wanita sibuk didodoikan dgn hiburan, budaya hendonisme bawaan barat Mereka patutnya mengukuhkan jati diri kerana kalau bukan mereka, sapa lagi mau jadi pemimpin pada masa hadapan?
Kita juga amat lemah dalam mempertahankan agama Islam. Mengapa perlu dibiarkan agama suci ini tanpa mnenegakkannya dan memperkukuhkannya? Sudahlah sesama Melayu berpecah, inikan pula sesama Islam?
Seks Bebas, mcm2 gejala sosial. Statistiknya? Sudah berkurun lama dijuarai oleh orang Melayu. Kenapa? Jati diri tiada
Bangunlah orang Melayu, ubahlah nasib Bangsamu...
sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….”
-Surah Ar-Ra’ad, Ayat 11-
Comments
0 comments to "Melayu yang Lemah"
Post a Comment