Monday, March 14, 2011

KELDAI DADAH: APA KASTAM BUAT?

0 comments

Tak habis-habis isu keldai dadah berlegar. Cerita warga Malaysia, terutamanya perempuan menjadi mangsa keldai dadah bukan benda baru. Terbaru, kes seorang gadis umur 20 tahun tersangkut di Surabaya angkara org yg tak bertanggungjawab jadi keldai dadah.

Umum masyarakat mengutuk mangsa keldai dadah ini sebab nak cepat kaya, main balun ikut org tak dikenali dgn alas an mahu bekerja diluar Negara. Hanya satu pihak yang dipersalahkan. Adilkah namanya itu?

Kalau difikirkan, ada pihak lain yang patut kita tunding jari kerana bikin cuai. Siapa? Kastam, Narkotik dan pengurusan airport. Setahu aku, di airport pemeriksaan amat ketat. Siap ada mesin scan yang pelbagai dan canggih. Tapi kenapa boleh lepas.

Aku tak berbangga langsung dengan beberapa berita KONONNYA pihak kastam Berjaya rampas banyak dadah yang diseludup masuk. Yang diseludup keluar, tak nampak atau buat-buat tak nampak?

Seriously, pihak berwajib kena tgk apa yg berlaku sebenarnya. Kenapa di KLIA boleh lepas, tapi dekat destinasi yang dituju boleh kantoi. Sudahnya, ada yang ditangkap, dibicara dan ada yang dihukum mati. Tak jejas nama Malaysia?

Jangan sampai org cop Malaysia sebagai pusat transit dadah

Monday, February 14, 2011

Kalau Dah Nafsu, nafsu jugalah

0 comments

Bangun pagi ini, Hari Maulidurrasul Junjungan kita Nabi Muhammad SAW, sempat juga membelek akhbar. Ceritanya berkisar tentang sambutan hari Valentine yang diadakan semalam, 14 Februari 2010.

Disebalik fatwa pengharaman Valentine dan juga usaha berbagai pihak termasuk media massa dan usaha tarbiah yang berlegar di internet, ada juga yang tak faham dan buat-buat tak faham akan keburukannya. Kesedaran tu, nampak macam tak menyeluruh aje.

Aku kurang pasti mana salahnya. Nak kata tak ada usaha mendidik masyarakat, rasanya dah berbuih mulut orang mencanangkan akan haramnya hukum valentine itu. Fatwa sudah keluar, malah JAKIM dan beberapa NGO lain giat berkempen menyedarkan merpati dua sejoli yang tak sudah-sudah hanyut dalam buaian asmara.

Malam tadi pun, kawan2 dari JAIS dan JAWI bagai tak tidur malam, buat ambush di hotel-hotel murah sekitar KL dan Selangor. Cerita di akhbar, 98 pasangan ditangkap. Tapi aku tak tahu pulak brape ramai yang terlepas. Dan paling menakutkan, berapa benih yang melekat, tungguh bercambah Sembilan bulan. Haru beb.

Puncanya mudah. Nafsu sudah jadi raja segala raja dalam diri. Memanglah bercinta tu fitrah manusia. Tapi kalo nak sambut hari kekasih,apa hari lain tak sayang ke?

Aspek pentarbiahan agama, aku dah malas nk bicara pasal tu. Semua sudah faham. Itulah, puncanya nafsu aje…. Kalau boleh kawal nafsu, semua selamat.

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com