Monday, March 14, 2011

KELDAI DADAH: APA KASTAM BUAT?

0 comments

Tak habis-habis isu keldai dadah berlegar. Cerita warga Malaysia, terutamanya perempuan menjadi mangsa keldai dadah bukan benda baru. Terbaru, kes seorang gadis umur 20 tahun tersangkut di Surabaya angkara org yg tak bertanggungjawab jadi keldai dadah.

Umum masyarakat mengutuk mangsa keldai dadah ini sebab nak cepat kaya, main balun ikut org tak dikenali dgn alas an mahu bekerja diluar Negara. Hanya satu pihak yang dipersalahkan. Adilkah namanya itu?

Kalau difikirkan, ada pihak lain yang patut kita tunding jari kerana bikin cuai. Siapa? Kastam, Narkotik dan pengurusan airport. Setahu aku, di airport pemeriksaan amat ketat. Siap ada mesin scan yang pelbagai dan canggih. Tapi kenapa boleh lepas.

Aku tak berbangga langsung dengan beberapa berita KONONNYA pihak kastam Berjaya rampas banyak dadah yang diseludup masuk. Yang diseludup keluar, tak nampak atau buat-buat tak nampak?

Seriously, pihak berwajib kena tgk apa yg berlaku sebenarnya. Kenapa di KLIA boleh lepas, tapi dekat destinasi yang dituju boleh kantoi. Sudahnya, ada yang ditangkap, dibicara dan ada yang dihukum mati. Tak jejas nama Malaysia?

Jangan sampai org cop Malaysia sebagai pusat transit dadah

Comments

0 comments to "KELDAI DADAH: APA KASTAM BUAT?"

Post a Comment

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com